Month: November 2013

JPM Juara Pertandingan Golf Persahabatan JPM-MinDef

Posted on Updated on

Group photo golf jpm-mindef 2013

Buat julung-julung kalinya JPM dan MinDef telah mengadakan pertandingan Golf persahabatan. Pertandingan yang diadakan pada 16 November 2013 (Sabtu) di Sungai Long Golf & Country Club telah mengumpulkan seramai 20 pegawai kanan dari setiap jabatan. Pasukan JPM diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menjadi juara dengan kutipan 347 mata mengalahkan pasukan MinDef yang diketuai oleh YBhg. Dato Khalid bin Mohd Sharif, TKSU (Pembangunan) MinDef, yang memungut sebanyak 343 mata. Tahniah kepada JPM dan semua pemenang. Semoga pertandingan ini akan dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara kedua-dua warga jabatan.

FELDA JUARA BARU PERTANDINGAN BADMINTON JPM 2013

Posted on Updated on

DSC00715

Felda muncul juara baru di dalam pertandingan badminton JPM 2013 yang telah diadakan pada 9 – 10 November 2013 (Sabtu dan Ahad) di Dewan Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Juara tiga tahun berturut-turut Jabatan Perkhidmatan Awam telah disingkirkan diperingkat suku akhir. Sebanyak 31 pasukan dari pelbagai Jabatan/Agensi di bawah JPM telah turut serta di dalam pertandingan ini. Kelab Bukit Perdana JPM mengucapkan terima kasih di atas penglibatan warga JPM di dalam menjayakan pertandingan ini, kepada semua pemenang syabas diucapkan, kepada yang tidak berjaya, kita akan cuba dan jumpa lagi.

JUARA – FELDA

NAIB JUARA – SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ‘A’

KETIGA – MAHKAMAH ‘A’; dan
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA