Month: December 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Posted on Updated on

JAWATANKUASA KERJA KELAB BUKIT PERDANA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

SENAMROBIK JPM

Posted on Updated on

 

Senamrobik JPM anjuran Kelab Bukit Perdana telahpun memulakan operasinya kembali seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari:    Setiap hari Khamis
Masa:                5.30 – 6.30 petang
Tempat:           Laluan antara Blok B1 dan B8; atau
                          Ruang Legar Auditorium JPM (jika hujan)

Semua Warga JPM di jemput hadir.

TUAH BELIDA & BAUNG

Posted on Updated on

This slideshow requires JavaScript.

Encik Roslan Ahmat dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berjaya memenangi petandingan Memancing JPM 2010 setelah berjaya memancing ikan Belida seberat 110gram. Hujan renyai-renyai yang turun dari sebelah pagi, sebenarnya rahmat kepada beliau kerana juga berjaya memenangi tempat ketiga dengan ikan Baung seberat 90 gram. Tempat kedua pertandingan dimenangi oleh Encik Mohd Nizam bin Mohd Nazim dari Lembaga Tabung Haji dengan ikan Lampam sebarat 110 gram. Sebelum itu, majlis pelepasan/perasmian di sempurnakan oleh YBhg. Datuk Othman bin Hj. Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha JPM juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sukan Kelab Bukit Perdana manakala Majlis penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hasnol Zam Zam bin Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah merangkap Timbalan Presiden Kelab Bukit Perdana.

Pertandingan juga turut dimeriahkan dengan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, pertandingan menimbang bola sepak raga (lelaki) dan pertandingan menganyam ketupat (wanita). Kepada semua pemenang, TAHNIAH diucapakan dan kepada yang kurang bernasib baik, kita cuba dan jumpa lagi.