BANTUAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN JPM 2013

Posted on

BORANG SUMBANGAN RAMADAN KBP 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan 1434H, buat julung-julung kalinya, Kelab Bukit Perdana akan memberikan sumbangan kepada warga JPM yang memerlukan untuk membantu meringankan beban terutama menjelang Ramadhan dan persediaan menyambut Syawal 1434H. Pengendalian permohonan sumbangan ini akan dilaksanakan di peringkat Jawatankuasa Kerja Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri bagi semua warga di 65 Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, laporan sosial setiap permohonan akan dijalankan bagi tujuan pengesahan. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasar kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk makluman tuan/puan, sumbangan ini adalah bertujuan untuk:

a) Membantu penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan.
b) Membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan penjagaan keluarga.
c) Membantu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan agar dapat meringankan beban menjelang Ramadan dan menyambut Syawal 1434H.

Sehubungan itu, bagi memastikan sumbangan tersebut dapat diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak, antara kriteria-kriteria berikut perlu dijadikan asas kepada setiap permohonan:

a) Warganegara Malaysia dan bekerja di Jabatan Perdana Menteri yang berstatus tetap, kontrak, sementara dan sambilan yang menjadi ahli kelab kebajikan dan sukan Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri;

b) Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000.00 dan ke bawah sebulan;

c) Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan dengan mengambarkan lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, ibu atau bapa tunggal dan bujang yang mempunyai tanggungan; dan

d) Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes perubatan yang dirujuk oleh hospital kerajaan/swasta (bagi mereka yang sedang mendapat rawatan).

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan berkembar seperti di Lampiran. Setiap permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan serta diperakui oleh Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah dikemukakan melalui hard copy sebelum atau pada 19 Julai 2013 (Jumaat) ke alamat seperti berikut:

Setiausaha
Kelab Bukit Perdana
Jabatan Perdana Menteri
Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Kerjasama tuan/puan untuk mengenalpasti kakitanganJabatan/Agensi tuan yang berkelayakan sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s